Wednesday, August 5, 2015

2015


1...2...3...

Ya Allah, lama betul tak sentuh blog ni. Hampir setahun lebih tak sentuh blog ni. Yelah, mana idoknya, busy sampai tak sempat langsung fatin nak buka blog ni kan. Ni pun teringat nak kemaskini blog sebab housemate kesayangan ku Athirah Bostaman buka blog dia. Then, teringatlah masa zamam zaman fatin main blog dulu hehe.. Okay okay dah. Sekarang ni nak cerita pasal semuanya baru dalam hidup ni. Yang paling penting nak cakap, fatin sangat bahagia happy gembira tak terkata dengan pemberian yang Dia bagi sekarang ni sampaikan fatin tengok handfon pun boleh tersengih ketawa tau hehehe..

Okay, take a deep breath first..

Kita ni Tuhan bagi pinjam je semuanya. Apa yang kita ada sekarang ni kat dunia yang semakin uzur ni semuanya hanyalah pinjaman sementara sahaja. Jadi, bila kita tahu semua ni sementara, kita gunalah sebaiknya. Sejak fatin dah masuk dunia baru ni yang lebih dikenali sebagai, dunia IPT ni, macam macam dugaan, cabaran dan halangan yang fatin hadapi. 

Now, fatin belajar jauh dari family. Dah jadi perantau pun ye juga lah kan. Dari Johor tercampak ke Shah Alam *nangis jap* hahah.. Jauh jauh pun fatin ni pergi belajar bukannya apa. Zaman persekolahan dah tamat dah. Sekarang ni dah zaman universiti. Fatin sekarang belajar dekat MSU Shah Alam or known as Management & Science University. 


TADAAAA

Seronok tau bila belajar ni. Course yang di ambil ialah Diploma In Culinary Arts. Why? Because i love to eat, i love to cook, i love to bake. Don't ask again why. Because i have planned something for my future in Shaa Allah. I really want to achieve my studies until graduate lah kan. Nak banggakan ibu ayah, family and all people around me. Nak cerita pasal belajar ni, banyak ceritanya. Bila kita ni dah masuk belajar, bermacam macam jenis manusia yang kita kenal, yang kita jumpa, yang kita kawan tu yang penting. Bad site nak cerita ke? Taknaklah, aib kan. Good site too much. Antaranya, fatin yang tak pernah jauh dengan family ni tiba tiba tercampak jauh, boleh berdikari. Memang fatin yang nak masuk MSU ni sebab memang nak jauh sebab nak berdikari. Kita ni hidup kena berfikiran positif kakak abang pakcik makcik adik semua..

Sedih? Tipu sangat fatin yang tak pernah jauh dengan family ni suddenly jauh kan. Tapi nak buat macam mana kan, lama lama pun kita pasti akan berjauhan. Itulah namanya belajar. Bukan je belajar nak dapatkan ilmu, berdikari, tapi belajar banyak perkara. Mulalah sesi nangis menangis sebelum berangkat ke Shah Alam masa dekat rumah hahahah.. Time tu semua makcik pakcik atok ada. Apa lagi, sorang nangis, aku pun nangis lah kahkah. NAK BALIK! :'(

End for today. Tak ada akhir kalam punya ayat sebab dah ngantok. Goodnight readers :*



 

No comments:

Post a Comment